Kata Hubung

Digunakan untuk menghubungkan kata dengan kata, frasa dengan frasa atau ayat dengan ayat.
Contoh :

  • Emak membeli baju dan seluar (penggabungan kata)
  • Ali kurus tetapi tidak boleh berlari (penggabungan frasa)
  • Ali mengemop lantai sementara Ahmad mengelap tingkap (penggabungan ayat)
Kata hubung terbahagi kepada tiga jenis, iaitu
  • Kata hubung gabungan
  • Kata hubung pancangan
  • Kata hubung berpasangan
Kata hubung gabungan
Contoh
Atau
Saya hendak makan mee atau nasi lemak
Dan
Saya dan adik bermain di taman
Lalu
Dia masuk ke bilik lalu menyalin pakaian
Lantas
Saya bangun malas dan lantas ke dapur
Sambil
Bapa mendengar radio sambil membaca surat khabar
Maka
Apabila melihat polis telah pergi semuamaka dia pn keluarlah
Serta
Ali, Abu serta Ahmad tidak hadir ke sekolah
Tetapi
Saya rajin tetapi saya tidak pandai belajar
Sebab
Ali sedih sebab kucingnya belum pulang lagi
Kalau
Kamu akan dipenjara kalau melakukan kesalahan
Supaya
Kita harus mandi selalu supaya kelihatan bersih
Kemudian
Sila baca soalan kemudian mula menjawab
Malahan
Saya disini baik sahaja malahan kamu
bahkan
Bahkan kamu menang saya, saya akan berusaha lebih kuat lagi
Kata hubung pancangan
Contoh
Agar
Saya berharap agarkamu dapat dating
Apabila
Saya terkejut apabila mendengar berita itu
Bahawa
Saya yakin bahawa cerita kamu adalah benar
Biarpun
Biarpun dia mengatakan saya, saya tetap betul dalam hal ini
Hingga
Saya belajar hingga ke peringkat universiti
Jika
Jika kamu larang saya, kamu akan terima padahnya
Kecuali
Jawab semua soalan kecuali soalan dua
Kerana
Dia sakit hati kerana kenakalan anaknya
Ketika
Ketika menunggu kamu, saya hampir tertidur
Lantaran
Lantaran kes ini, saya rasa Ali bersalah
Manakala
Saya membaca buku manakala adik sedang bermain
Meskipun
Dia berasa mengantuk meskipun malam itu baru pukul lapan
Sebelum
Sebelum melintas jalan raya, pelajar itu melihat ke kiri dan ke kanan dahulu
Sejak
Sejak dia berpindah rumah, perangainya sudah berubah
Sehingga
Kamu hendaklah menyiapkan kerja sekolahsehingga habis
Sekiranya
Sekiranya dia dating, berikan nota ini kepadanya
Selagi / seraya
Selagi/Seraya ayah tidur, jangan buat bising
Semenjak
Semenjak kematian ibubapanya, kehidupan dia tidak teratur
Sementara
Dia bekerja sambilan sementaramenunggu keputusan SPM
Setelah
Setelah kerja sekolah siap, kamu pergi mandi dahulu
Selama
Selama ini saya mencari kamu
Tatkala
Tatkala itu anak miskin itu pun masuklah
Walaupun
Walaupun letih, diselesaikannya juga kerja itu
Sungguhpun
Sungguhpun buta, orang Itu mampu berdikari
Yang
Saya adalah seorang pelajar yangcemerlang
Jikalau
Jikalau kamu pergi, saya pun akan pergi juga
Andai
Andai kata, kamu yang merosakkan pintu itu
Untuk
Saya berbuat begitu untuk kebaikkan kamu
Kata hubung berpasangan
Contoh
Baik…ataupun
Baik kamu mengaku ataupun kamu dipukul
Baik…baik
Baik Ali baik adiknya samasama pintar.
Baik…mahupun
Baik lelaki mahupun perempuan sama-sama bergotong royong membersihkan balai raya itu.
Bukan saja…bahkan juga
Ali bukan saja nakal bahkan juga selalu ponteng sekolah
Bahkan saha…tetapi juga
Ali bukan saja nakal tetapi juga pandai belajar
Jangankan…pun
Jangankan sepuluh ringgit, seringgit pundia tak ada.
Sedangkan…apatah lagi
Sedangkan dia seorang yang malasapatah lagi adiknya
Semakin…semakin
Encik Ali semakin kaya semakinpemurah
Sungguhpun…namun
Sungguhpun dia rajin belajar namunpeperiksaannya tetap gagal
Sungguhpun…tetapi
Sungguhpun badannya gemuk tetapi dia kuat berlari
walaupun…namun
Walaupun dia buta namun dia tetap gigih berusaha
sedangkan…inikan pula
Sedangkan Gunung Kinabalu terdaki olehnya inikan pula Bukit Larut
Sama ada…ataupun
Guru Besar meminta sama ada bapaataupun ibu murid hadir ke Sekolah
Kian…kian
Kian lama kian banyak orang ke sana
Entah…entah
Khabar anghin itu entah betul entah tidak
Bukan…sahaja malah
Ali bukan sahaja nakal malah suka ponteng sekolah.

Aktiviti : Kata Sendi

AKTIVITI 1: Isikan tempat kosong dengan kata sendi nama yang sesuai.

1. Pengumuman itu ditujukan khas ________ murid-murid tahun enam.
2. Dia baru sahaja pulang ________ hospital setelah mendapat rawatan.
3. Ping Yin amat kasih ________ kedua-dua ibu babanya atas pengirbanan mereka membesarkannya.
4. Cikgu Lim baru sahaja menamatkan pengajiannya ________ Universiti Malaya.
5. ________ kejadian pecah rumah itu, anggota polis kerap melakukan rondaan.

AKTIVITI 2Betulkan penggunaan kata sendi nama di bawah.

1.Mayat seorang kanak-kanak dijumpai ke kawasan tapak pembinaan. ( )
2.Siti menerima sepucuk surat dari sahabat penanya di luar negara. ( )
3.Amin memang tidak suka pada durian. ( )
4.Kami pulang antara pusat peranginan itu pada pukul 8.00 pagi. ( )
5.Majlis perkahwinan itu berlangsung demi meriah walaupun diadakan secara sederhana. ( )
6.Kami berjuang terhadap negara. ( )

Kata Sendi

Kata sendi adalah kata yang digunakan untuk menyambungkan frasa nama dengan kata atau frasa-frasa dalam ayat.

Contoh :-

Kata Sendi
Penggunaannya
Ayat Contoh
akan/ kepada/ terhadap untuk menunjukkan emosi dan sikap Adik sayang akan kucing.
Ya Allah, kepadaMu, aku berserah.
Dia mengambil berat terhadap pelajaran.
bagi/untuk untuk menentukan sesuatu yang dibezakan daripada yang lain Pen itu dibeli untuk anaknya.
Jamuan itu bagi guru-guru baru.
dari untuk menunjukkan tempat dan masa Mereka baru pulang dari Johor.
Dia tidak sedar diri dari pagi tadi.
daripada untuk orang, perbandingan, asal kejadian, dan menunjukkan keanggotaan Pasukan Kedah lebih hebat daripada pasukan Johor.
Kuih itu dibuat daripada tepung sagu.
Anggota pancaragam itu terdiri daripada muridmurid sekolah.
di untuk tempat Di dalam dompet itu ada wang.
dengan untuk menyatakan makna bersama-lama, bandingan setara, keterangan cara, dan penggunaan sesuatu sebagai alat Mak Jah ke klinik dengan anaknya.
Dia dapat melepaskan diri dengan bersusah payah.
Adik menulis dengan pensel.
Markah saya sama dengan markahnya.
hingga/sampai untuk menunjukkan peringkat masa, tempat, dan had tertentu Dia bekerja hingga malam.
Dia berjalan kaki sampai Ipoh.
ke untuk tempat dan benda konkrit Kereta api menuju ke Padang Besar.
Cawan itu terhempas ke batu.
kepada >untuk menunjukkan orang atau kata ganti diri Kes itu diserahkan kepada pihak polis.
oleh untuk menunjukkan perlakuan pasif yang berawalan di- dan ter- Buku itu dibaca oleh Salmi.
Bukit yang tinggi itu terdaki olehnya.
pada untuk menunjukkan masa dan tempat, manusia, binatang, benda abstrak, dan benda konkrit tertentu Kereta api tiba pada pukul lima petang.
Novel itu ada pada Rahim.
Perkara itu benar pada pandangan saya.
Serikaya itu disapukan pada roti.
sejak untuk menyatakan makna suatu jangka masa Dia tidak makan sejak semalam.
seperti/umpama/bak untuk menunjukkan persamaan dengan yang lain Suasana dalam kelas itu bising seperti keadaan di pasar.
Badannya besar umpama ahli gusti.
Hidungnya mancung bak seludang.
tentang untuk menyatakan makna mengenai sesuatu Beliau berucap tentang masalah penagihan dadah.

Kata Seru

  • Kata seru adalah kata yang menyatakan perasaan seseorang seperti sakit, marah, terkejut, hairan, sindiran, sedih, takut, terperanjat, hiba, dan sebagainya.
  • Cara penggunaannya disesuaikan dengan intonasi pengucapan iaitu dengan nada meninggi atau menurun.
  • Contoh :
Kata Seru Penggunaannya Ayat Contoh
aduh untuk menyatakan perasaan sakit dan kagum 1. Aduh, sakitnya tanganku!
2. Aduh, besarnya rumahmu!
aduhai untuk menyatakan perasaan sedih Aduhai, malang sungguh nasibku!
ah untuk menyatakan tidak setuju atau menolak sesuatu 1. Ah, saya tetap tidak mengaku bersalah!
2. Ah, alasan itu tidak dapat kuterima!
amboi/wah untuk menyatakan perasaan hairan atau kagum 1. Amboi, mahal betul kereta itu!
2. Wah, berani betul budak itu!
cis/cih untuk menyatakan perasaan marah dan benci 1. Cis, berani dia menentangku!
2. Cih, mereka tidak kenal siapa aku !

Aktiviti [Kata Adjektif]

Pilih jawapan yang betul.

1.Cikgu Lau menasihati murid-muridnya agar makan makanan yang ___________ dan menjaga kebersihan diri.

A.lazat
B.pahit
C.berlemak
D.berkhasiat

2.Nenek berasa sangat ___________ akan cucu-cucunya kerana sudah sebulan mereka tidak pulang ke kampung.

A.malu
B.rindu
C.marah
D.sayang

3.Budak-budak kampung gemar mandi di sungai itu kerana airnya ___________ sahaja.

A.deras
B.cetek
C.pekat
D.dalam

4.”Walaupun telah selamat menjalani pembedahan, keadaan Ali masih ___________,” kata doktor itu.

A.lembik
B.lemah
C.gagah
D.layu

5.Emak menanam pokok bunga yang ___________ itu di dalam pasu.

A.renek
B.tinggi
C.besar
D.lebar

6.Bapa kelihatan sungguh ___________ apabila memakai kemeja barunya.

A.segak
B.kusut
C.lusuh
D.lawa

Kata Adjektif

Kata-kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama. Kata adjektif boleh dikenali jika kata berkenaan didahului oleh kata penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar.

NOTA : Klik sini

Aktiviti Dalam Kelas [Penjodoh Bilangan]

Latihan 1.

Pilih jawapan kamu daripada senarai penjodoh bilangan berikut:

 batang, jambak, jambangan,kuntum, ruas, rumpun,tangkai


Terdapat se__________(1) tebu di halaman kami. Bapa menebang se_________(2) tebu. Abang sedang mengunyah se________(3) tebu. Kakak memegang se__________(4) bunga di tangan kanannya. Dia hampir siap menggubah se_________(5) bunga. Adik memegang se_______(6) bunga. Se__________(7) bunga terjatuh di atas meja.

Latihan 2.

Pilih jawapan kamu daripada senarai penjodoh bilangan di bawah:

gerombolan, orang, pasang, pasukan, rombongan


Se__________(1) suami isteri membeli rambutan daripada seorang penjaja. Se__________(2) samseng cuba merompak mereka. Se__________(3) peniaga yang berada di tingkat atas ternampak kejadian itu. Mujurlah se__________(4) polis sedang meronda berdekatan dan berjaya memberkas semua samseng itu.

Seronoknya Belajar Tatabahasa [Video]

Penjodoh Bilangan

  • Penjodoh bilangan ialah kata yang digunakan bersama-sama dengan kata bilangan.
  • Penjodoh bilangan digunakan untuk menentulkan sesuatu benda mengikut bentuk, rupa, saiz, dan sebagainya.

NOTA TAMBAHAN : Klik sini

AKTIVITI : Klik sini

Aktiviti dalam kelas [Kata kerja]